Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa kerajaan pada 2013 berada dalam keadaan 'lemah' dari segi kewangan.<br /><br />Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa berkata, ini kerana syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu mendapatkan surat sokongan (LOS) untuk mengumpul dana 3 bilion dolar Amerika bagi tujuan projek usaha sama dengan Aabar BVI Co.
